Pembaca tercinta, kami akan menggunakan izin cookie yang sesuai untuk memastikan situs web kami beroperasi dengan normal agar dapat memberi konten khusus yang lebih cocok untuk Anda dan juga memastikan Anda mendapatkan pengalaman membaca terbaik. Jika ada yang sesuai, Anda dapat mengubah izin Anda pada entri pengaturan Cookie di bawah ini.
If you would like to learn more about our Cookie, you can click on Privacy Policy.
Tambahkan Innovel ke halaman utama untuk menikmati novel terbaik.
Pembaca tercinta, kami akan menggunakan izin cookie yang sesuai untuk memastikan situs web kami beroperasi dengan normal agar dapat memberi konten khusus yang lebih cocok untuk Anda dan juga memastikan Anda mendapatkan pengalaman membaca terbaik. Jika ada yang sesuai, Anda dapat mengubah izin Anda pada entri pengaturan Cookie di bawah ini.
If you would like to learn more about our Cookie, you can click on Privacy Policy.
Pengaturan cookies anda
Pengaturan cookies ketatSelalu aktif
Isteri Sementara
UMUR UNTUK MEMBACA 16+
Nuril Anuar
Romance
ABSTRAK
Gara-gara mengejar gaji sebanyak Rm 10,000 sebulan, Fazliatun membuat kerja
gila dengan cara menjadi isteri sementara Tengku Fazrul Shah. Akibatnya, dia terperangkap dalam jerat yang di bina sendiri.
Hidupnya berubah seratus peratus semenjak menjadi isteri lelaki itu.
Kerana satu peristiwa yang terjadi antara dia dan Firman, Fazliatun terus
dibenci oleh suaminya.
Hubungan mereka terus retak angkara Nauri dan
fitnah yang dilontarkan pada Fazliatun.
"You tunggu ajelah I bernikah dengan Nauri. Masa tu, you boleh
berambus dari hidup I. I tak nak tengok langsung muka you -Tengku
Fazrul Shah.
"Cinta saya tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Biar berjuta pun duit
yang encik ada, tak akan boleh ditukar ganti dengan cinta saya. Sebelum saya halau encik, lebih baik encik keluar sekarang. Berambus!" -
Fazliatun.
Biar sebanyak mana pun kata maaf lelaki itu padanya, tidak akan dilayan. Hatinya sudah mati. Apatah lagi, dia tidak pernah menaruh cinta pada
Tengku Fazrul Shah. Dia tekad untuk berpisah sebaik sahaja lelaki itu
bernikah dengan Nauri.
Kuatkah dia menongkah arus kehidupan ini tanpa seorang suami di sisi?
Bagaimanakah nasib mereka kelak? Semuanya urusan Allah. Jika Dia
berkehendak, apa sahaja boleh berlaku.
"Maafkan Tun, abang! Bangunlah! Tun banyak salah kat abang. Tak
terhitung dosa Tun ni. Ya Allah, Kau selamatkanlah suami aku! Aku tak
sanggup kehilangan dia."
Meraung Fazliatun kerana kemalangan yang menimpa suaminya. Dalam
sekelip mata tanpa dia sangka, kasihnya buat lelaki itu mulai bercambah.
Tak sanggup dia melihat suaminya terbujur kaku di atas katil. Semoga
kasih mereka terus bertaut dengan kuasa Allah.