Innovel - Di Sebalik Nama Kai
close button

Tambahkan Innovel ke halaman utama untuk menikmati novel terbaik.

Di Sebalik Nama Kai
book-rating-imgUMUR UNTUK MEMBACA 18+
Zhang Li Shen
Romance
ABSTRAK
Bab 1: Good Morning, Cinta Bab pertama memperkenalkan hubungan istimewa antara Anna dan Kai, dua sahabat yang telah mengenali antara satu sama lain sejak berusia lima tahun. Walaupun dipisahkan oleh ribuan kilometer apabila Kai mengikut ibu bapanya berpindah ke Moscow, mereka tetap mengekalkan rutin menghantar ucapan "Good Morning", "Good Afternoon" dan "Good Night" setiap hari melalui w******p. Di sebalik perbualan yang ringkas, Kai sentiasa menjadi tempat Anna meluahkan segala kepenatan dan kesedihan. Ketika Anna dipersalahkan oleh abangnya atas perkara-perkara kecil di rumah, Kai menjadi orang pertama yang mendengar, menenangkan dan mengingatkannya bahawa dirinya bukanlah beban. Bab ini turut memperlihatkan bagaimana Kai membimbing Anna dalam kehidupan, bukan sekadar sebagai seorang sahabat, tetapi juga sebagai seorang yang sentiasa mengajaknya mendekatkan diri kepada Allah. Tanpa disedari, hubungan mereka semakin mendalam walaupun tidak pernah diungkapkan sebagai cinta. Di penghujung bab, Kai yang berada di Moscow berjanji dalam hati bahawa suatu hari nanti dia akan pulang ke Malaysia. Dia tidak mengetahui bahawa kepulangannya bakal mengubah seluruh kehidupan mereka, manakala Anna pula masih tidak menyedari bahawa takdir sedang membawa mereka ke arah sebuah pertemuan yang tidak pernah disangka.

Perpustakaan

Temukan

search

Saya